kalau kau betul-betul kenal aku, kau patut tahu yang aku jenis yang tak cakap tidak. untuk semua perkara, menyusahkan atau tak, aku biasanya menurut je. lagi-lagi kalau permintaan tu datang dari orang yang aku sayang.
hmmm...biasanya yang pernah tinggal serumah/sebilik dengan aku je tahu betapa lemahnya aku bila orang minta sesuatu, betapa senangnya aku memberi tanpa menerima. untuk kali pertama dan kedua, aku biasanya ikhlas. tapi bila kali ketiga aku akan mula rasa menyusahkan tapi masih tidak punya kekuatan untuk menolak. dan masih mampu senyum dan tolak bila kau tawarkan untuk beri imbuhan - biasanya belanja makan.
kalau dengan pengakuan itu buat kau rasa hilang hormat pada aku, aku tak kisah. sebab kelemahan itu sudah mula taking its toll on me [tiba-tiba tak tahu nak translate macam mana]
entry ini untuk seseorang yang telah meminta sesuatu dari aku. tak, aku tak salahkan kau kerana meminta sebab aku tahu aku juga salah.
aku tak mahu sejak kali pertama kau sebut tentang perkara itu. tapi aku buat-buat mahu sebab aku sayang kau, dan tak tahu macam mana mahu tolak tanpa buat kau terasa. aku tak mahu kau rasa ditolak. mungkin, diam-diam aku juga mahu tapi aku belum sampai ke tahap betul-betul mahu atau perlu.
i need help, you know? because i hate myself when it happens...well, after it happened.
aku cuba bagitahu kau aku tak nak kan? kemudian you talk me to it again kan? kau tahu aku lemah sangat bila cuba nak tolak permintaan dari orang yang aku sayang, kan? aku tak salahkan kau sebab cuba ambik kesempatan. sebab aku yang buka kesempatan tu.
seorang kawan cuba untuk tolong aku. to which i said no. aku cakap aku akan selesaikan sendiri...tapi tak selesai juga. masih begitu juga. jadi aku terima juga untuk dia tolong. sebab itulah raya kelima hari tu aku keluar dengan dia, bukan dengan kau. sebab dia suruh aku cari dia bila aku mahu cari kau.
dia kata 'biar aku je yang kontrol kau.' mungkin dia juga cuba ambil kesempatan. aku tak tahu. sekurang-kurangnya dengan dia aku tak pernah ambil serius apa-apa pun. jadi kalau dia buat permintaan, aku akan gelak je dan lupakan perkara tu.
semalam. baru aku fikir panjang-panjang tentang permintaan kau. kalau ikutkan fikiran pendek aku, aku ikutkan sahaja. konon mahu finish it for once and for all. bodoh. mana boleh begitu.
akhirnya terfikir perkara itu. lepas tengok kembali gambar kau bersama dia. ya, dia! kenapa aku tak terfikir tentang hal itu? membaca usikan-usikan dari teman-teman kau cuma buat aku cemburu tapi sekurang-kurangnya itulah titik penyelesaiannya. kau dengan dia. bukankah serius? bukankah akhirnya kau akan hidup bersama dia?
jadi aku hantar mesej semalam.
kau yang terima, kau tahu isinya.
sungguh, sesekali, fikirlah tentang orang lain. tentang orang yang betul-betul sayang kau. jangan fikir tentang keseronokan kau sahaja.
semua perkara memang tak adil untuk kami, sang perempuan. kau sang lelaki selalu terlepas dari segala-galanya.
go away. i love u, but please go away.